Maaf ler bulan ni memang terlalu sibuk mengambil pesanan perfumes tu tak sempat nak update blog. Asalnya  hanya mencuba ajer menjual perfume ni, tak tahu plak sambutan menggalakan almaklum la orang lelaki jual perfumes huhuh . Blog perfumes ni pun tak abis lagi upload gambar. You all kalau senang-senang meh la lawat blog perfume ni kot- kot berminat. Oh lupa nak perkenalkan produk ai nih.. Ok perfumes ni adalah sephora pefumes. Apa itu sephora perfumes ? meh sini ai bagitau. Sephora perfumes ni adalah pati asal cuma dikurang hanya 10% peratus aja dari pati asal campurannya. Packaging adalah sama seperti original dan bau nya setanding original. Ketahanan baunya adalah 4-6 jam mengikut suhu badan juga. Kalau bekerja di Air-cond boleh bertahan lagi lama. Sesuai untuk you all yang suka tukar - tukar perfumes atau hadiah untuk tersayang..



jom lawat sini mana tahu you all ada berkenan ker. 




Tahukah anda jika saya katakan peniaga yang jatuh pada permulaannya akan menjadi peniaga yang hebat suatu hari nanti







Mengapa?

Mari kita selidikinya. Sebagai contoh  anda dan rakan anda seorang pekerja kerajaan dan menjawat jawatan yang rendah didalam organisasi tersebut, Memandangkan kehidupan di KL memerlukan kos sara hidup yang tinggi maka anda dan rakan anda tadi merancang untuk mencari pembekal bagi menjual secara sambilan diinternet.

 Kisah bermula apabila rakan anda mendapat sambutan menggalakkan berbanding anda yang tidak dapat menjual satu pun barang. Walaupun pergi bersama – sama dan membeli barang yang sama anda masih gagal menjual barang di internet.

Titik bermula apabila anda mula mengkaji mengapa anda gagal dan mengapa pula rakan anda berjaya. Ok, mari kita lihat adakah rakan anda tadi berjaya menjual di sebabkan nasib atau dia sudah mempunyai pengalaman dalam bidang perniagaan tersebut. Sekiranya rakan anda memang mempunyai ilmu dari segi perniagaan seharusnya anda memperlajari ilmu perniagaan dari rakan anda tersebut. Sekiranya nasib maka anda perlu membuat kertas kerja mengkaji mengapa terjadi sebalinya.

Kaji kehendak pelanggan anda. Kaji dari segi umur, kelakuan, kehendak, kaum, dan apa yang penting siapakah sasaran anda yang sebenarnya. Lebih anda kenali pelanggan anda maka lebih senang anda mengenal pasti dimana silapnya anda. Jika anda teruskan begini sehingga berjaya menjual di tahap tertinggi seperti ibarat menjual pasir di tanah pasir. Berani saya katakan anda pasti berjaya berlipat kali ganda dari rakan anda suatu hari nanti

Kenalkah anda dengan Bruce Lee? Pasti kenal bukan? Salah satu kehebatannya adalah dia dapat menendang lawan sehingga terpelanting beberapa meter kebelakang. Tetapi adakah anda tahu sewaktu kecil Bruce Lee sebenarnya menghadapi masalah kesihatan? Disebabkan beliau mengkaji sistem badan manusia dan sumber tenaga manusia maka dia menjadi orang yang paling sihat dan kuat.


Jom sekali sekala layari blog ini


10 Cara Bagaimana Perniagaan Membuat Keuntungan




Berikut adalah 10 cara bagaimana sesuatu perniagaan membuat keuntungan.
1. Produk - Mengeluarkan sesuatu produk, jual  kepada pelanggan dengan harga yang lebih tinggi dari harga kos. 
2. Perkhidmatan - Menyediakan sesuatu perkhidmatan yang berguna, kenakan caj dari perkhidmatan ini.
3. Perkongsian Penggunaan – Wujudkan satu jenis perkongsian seperti kafe siber atau gim. kenakan bayaran untuk menggunakan perkhidmatan ini. 
4. Langganan - Wujudkan pelanggan yang berlanggan sepanjang masa. Kenakan caj atas tempoh masa langganan (contohnya seperti langganan majalah dan surat khabar)
5. Insurans – Mewujudkan polisi insuran dengan memberi jaminan bantuan sewaktu sesuatu perkara malang terjadi. Kutip duit dahulu. Berikan semula duit hanya jika perkara malang terjadi. 
6. Penjualan Semula – Beli sesuatu barangan dengan harga yang murah, jual semula dengan harga yang lebih tinggi. Contohnya membeli rumah secara tunai. (Penjual sanggup menerima harga yang 20% lebih rendah sekiranya terdapat tunai di hadapan mata)
7. Pajakan atau sewa – Beli aset, sewakan aset ini kepada yang memerlukan dengan satu nilai yang menguntungkan dalam jangka masa panjang.
8. Maklumat Pengguna - Wujudkan perhatian/tarikan dan sebarkan maklumat yang diperlukan oleh sesuatu kelompok pengguna. Dapatkan maklumat pengguna tersebut sebagai balasan. Jual maklumat ini kepada syarikat-syarikat yang memerlukan (syarikat direct-mail, syarikat pengiklanan). Juga dalam kategori ini adalah membuat pungutan suara dan pemerhatian. Maklumat seperti ini sangat berguna kepada syarikat-syarikat yang ingin memulakan proses pemasaran. 
9. Komisen – Jual barang yang dimiliki oleh orang lain dan ambil keuntungan atau upah dari jualan ini. 
10. Dividen - Beli peratusan dalam syarikat-syarikat. Apabila syarikat membuat keuntungan, anda mendapat dividen hasil pegangan anda.
Boleh dikatakan 99% perniagaan di masa lampau dan di masa depan mempunyai salah satu atau lebih daripada perkara di atas. Jika kita ingin mulakan perniagaan, cuba pilih satu atau lebih daripada 10 perkara di atas untuk memulakannya. 
Maaf, Multi Level Marketing adalah bukan satu bentuk perniagaan bagi saya, tetapi ianya adalah satu jenis skim. Cuba hindari menyertainya jika anda belum menyertainya. Jika anda sudah menyertainya, tiada guna memberi komen kerana anda tidak akan menerimanya.






Tips berjimat untuk membuat kad jemputan Saya ingin berkongsi sedikit tips di mana cara berjimat jika ingin membuat kad jemputan. Andai anda ingin membuat kad jemputan sendiri yang cantik menarik tertarik deboom.. bolehlah mengikuti idea saya ini. Ok katakan anda ingin membuat kad jemputan seperti kad jemputan kahwin, akikah atau majlis - majlis hari jadi atau lain - lain la. Caranya begini terlebih dahulu anda reka kad jemputan anda di microsoft word, excel, publish atau power point, tidak kisah dimana - mana software.




   contoh jika di buat di dalam power point.

Kemudian setelah selesai anda besarkan gambar yanbg telah anda reka tadi dan menekan butang PRINT SKRIN (Prt Sc) pada butang key board komputer anda itu . Setelah selesai anda buka ikon paint pada 'item' komputer anda, selalunya paint terdapat di kolum aksesori komputer anda, Jumpa?.


ok setelah jumpa tekan butang paste pada ruang  paint tadi seperti contoh dibawah
.

Kemudian anda perlu edit menggunakan butang crop yang terdapat pada butang mouse sebelah kanan. Jumpa? edit supaya hitam - hitam disebelah kiri dan kanan hilang. 


ok setelah tekan butang crop anda perlu cut dan paste pada new paint yang baru seperti gambar diatas.
Akhir sekali anda perlu save gambar ini di file jpg, big atau mana - mana fail. Setelah selesai save gambar yang telah anda buat itu kedalam pen drive .

Adakah anda tahu mengapa perlu save gambar tadi kedalam pen drive? heh3 begini tujuannya adalah untuk anda print gambar yang anda buat tadi di kedai gambar dalam dalam bentuk 4R. Kebiasaannya kedai gambar akan mengenakan sekeping gambar dari rm 0.25 - rm0.50 . Adakah ia jimat? cuba anda bayangkan? Jadi kad jemputan anda adalah dalam bentuk gambar 4R. Jimat dan menguntungkan serta cantik menarik deboom.

sekian dari saya -shukri- Tips berjimat : D






Cara cepat like status facebook

Cara cepat like status facebook sehingga kita tidak perlu meng-klik satu-persatu status fb rakan anda

Langkah-langkahnya adalah sangat mudah : Anda perlu mempunyai monzilla firefox  ://www.mozilla.org/en-US/firefox/new/

Instal add-ons Greasemonkey https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/addon/greasemonkey/ (Tunggu sehingga terpapar gambar monyet pada kanan  komputer anda) andai masih belum terpapar anda perlula restart monzilla anda semula.

Instal auto facebook like http://userscripts.org/scripts/show/82031



*PERHATIAN*

Langkah-langkahnya  perlula  anda ikuti.

Apabila kesemuanya telah di instal anda akan melihat gambar seperti dibawah ini.

 Anda perlulah me-like fb rakan anda dengan auto like ini.  Setiap anda melike status teman anda terutama jempoler’s pasti akan di balas.

Sekian, selamat mencuba.





Saya ada sedikit tips menyimpan yang boleh anda guna pakai. Caranya adalah, Setiap kali kita pergi ke kedai untuk membeli barang, saya cadangkan kepada anda supaya mengunakan wang kertas. Sebagai contoh jika anda ingin membeli barang yang berharga rm4.50, anda bolehla mengunakan wang kertas rm5. Anda tahu mengapa? ya baki rm0.50 (syiling) bolehla anda simpan ke tabung. Jika anda amalkan selalu lama - lama duit syiling anda tadi semakin banyak dan banyak :D. Bila dah banyak simpan jer kat asb mudahkan . Ulangi caranya seperti tadi setiap kali anda membeli barang. Sekian, :D

FUHHH.. minggu ini saya ambil masa lama sikit bagi memikirkan 'player - player' untuk musim pertama liga perdana inggeris. Dah jadi rutin, setiap awal musim saya duduk pikir siapakah pemain - pemain yang terbaik untuk saya beli dan bertanding sesama pemain di malaysia dan di luar malaysia ni. Anda ingin tahu apa yang saya maksudkan tu? Saya sertakan linknya http://fantasy.premierleague.com .  Sejak saya 'join fantasy' ini, banyak nama - nama pemain yang saya kurang kenal telah pun dikenali .. Apabila orang bercerita bab bola saya tidaklah ketinggalan heh3.